Friday, 8 July 2016

Sendiri

Hati yang bercelaru,
Rasa yang ingin sekali aku hentikan.
Rasanya sakit, perih.
Membuatku sebak.
Membuatku hiba.
Airmata ku yang tiada henti.

Sendiri. Seperti selalunya. Aku sendiri lagi.
Aku sendiri menanggung rasa.
Aku sendiri dalam kata-kata.
Aku sendiri memendam rasa.
Aku sendiri menahan hati.
Aku sendiri cuba gagahi berdiri.
Aku sendiri meratap hati hingga lena.

Tuesday, 5 July 2016

Bila mata yang menjadi saksi,
Bila telinga mendengarkan segala.
Bila hati mulai terasa sakit.
Namun mulut tertutup.
Tiada kata terungkap.
Hanya tangis deras mengalir.

Thursday, 19 May 2016

Sakit

Angin meniup kuat.
Sejuk menyapa.
Hati terasa ngilu.
Memeluk tubuhku.
Muka berkerut menahan rasa.
Apa karna angin?
Atau karna peritnya hati?

Longlai kaki terasa.
Terduduk jadinya.
Menitis air mata.
Teresak.
Mengapa?
Mengapa harus ada rasa sebegini?
Soalan bertalu.
Ingin menolak takdir.
Lupa akan hikmah sebaliknya.

Sakitnya begitu kuat.
Sehingga lemah tak berdaya.
Ingin sahaja ku lupakan
Dan memejam mata.

Apa bisa hilang?
Apa dengan pejam mata semua itu hilang?
Sungguh aku tidak mahu rasa ini.
Bagaimana ingin ku membuangnya jauh?
Usah biarkannya kembali menyapa diri.

___________________________________________________

Menangis pabila menaip kata-kata di atas sambil mendengar lagu Lagu Cinta - Asmara. Entah mengapa aku setuju bahawa bukan sepatutnya cinta menyakitkan dan bukan harapan tapi kepastian.
Sakit pabila diberi harapan. Sakitnya sungguh sakit. Ingatlah, sebaik-baiknya ialah meletakkan harapan kepada ALLAH swt.


Tuesday, 17 May 2016

HATI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hati.
Hati ini Allah pegang.
Bagaimanapun kita mencintai seseorang itu andai Allah paling kan hati kita namun ia tetap akan berpaling.
Allahurabbi.
Sungguh aku tidak tahu bagaimana untuk meneruskan bicara.
Sungguh aku tidak tahu bagaimana untuk meluahkan sebuah hati dengan kata.
Tiada kata mampu mentafsir perasaan ini.
"Kakak, kalau benar dia jodoh kakak. Dia akan tetap bersama kakak tidak kira terpisah macam mana pun. Tidak kisah berjauhan macam mana pun. in Shaa ALLAH"
Hanya dengan kata2 dari seorang bapa membuat aku tersedar.
Mengapa harus aku bimbang?
Mengapa harus aku takut?
Jodoh itu urusan Allah.
Jodoh itu Allah yang tetapkan.
Tidakkah aku percaya padaNya?
Ya Allah aku mohon.
Kuatkan lah hatiku.
Bukakan hatiku hanya buat orang yang benar2 buatku.
Agar tiada rasa luka.
Tiada rasa duka.
Tuhanku yang memegang hatiku.
Kau peganglah hatiku ini agar tidak lagi jatuh ke tgn yang akan menyakitiku.
Agar tidak mencintainya lebih dariMu.
Ma Qadrallah Khayr~

Saturday, 14 May 2016

Erti Cinta

Cinta.
Andai ingin di ungkapkan Cinta punya pelbagai ertinya.
Ada yang membenci cinta ada juga yang mengidamkan cinta.
Sungguh cinta ini mampu memberi racun mahupun madu.
Ketahuilah CintaNya merupakan sebaik-baik cinta yang tidak mampu ditandingi.
Namun insan bergelar manusia sememangnya punya fitrah akan cinta sesama manusia.
Begitu jugalah aku.
Semestinya aku seorang manusia.
Punya hati yang ingin disayangi dan menyayangi.
Luka?
Tipu andai aku tidak pernah dilukai.
Tipu andai aku tidak pernah membuat orang terluka.
Kadang aku sendiri tidak memahami kehendak hati.
Mencari dan terus mencari.
Dalam pencarian pasti akan melalui luka dan bahagia.
Itulah yang mengajar kita erti sebuah cinta.


Ujian Allah itu Manis


Kehidupan.
Dalam kehidupan ini kita pelajari pelbagai perkara yang mampu membuat kita lebih matang dalam berfikir.
Apa yang baik.
Apa yang buruk.
Aku sendiri telah pelajari pelbagai erti sebuah kehidupan.
Allahurabbi.
Sungguh Allah itu menguji setiap umatnya dengan dugaan yang berbeza.
Usah bandingi kehidupan kita dengan orang. Sesungguhnya dugaan yang Allah uji itu 
mengikut kemampuan masing-masing.
Teruskan tabah dalam meniti.
Teruskan bersyukur dalam mengharungi.
Kau akan lebih bahagia tanpa kau sedari.
Ujian Allah itu manis sebenarnya.

Monday, 23 June 2014

"Kau Tak Payah Sambung Belajar!"

"Kau tak payah sambung belajar." Ayat yang dihamburkan oleh seorang ayah yang aku sayangi.

Allah. Bagai satu ayat yang mampu menjatuhkan semangat yang kukuh. Semangat yang tidak mudah dibina. Semangat yang dulunya jatuh. Namun kini ia jatuh kembali. Membuatkan aku longlai. Membuat hati sebak menahan rasa. Membuat air mata yang tiada henti nya.

Puas aku beristighfar namun air mata terus mengalir. Teresak. Sakit dadaku. Sesak nafasku. lemas jiwaku. Sungguh tatkala ini aku hanya berserah kepada Allah. Agar Dia ubatilah hati ini. Agar Dia kuatkanlah semangat ini. Agar Dia tabahkanlah jiwa ini. Tiada yang berada di sampingku tatkala ini melainkan Allah. Tiada. Sukar bagi aku. Orang yang aku sayangi. Orang yang aku ingin bahagiakan berkata sedemikian.

Kadang kala aku terfikir apakah aku ini membebankan. Terasa asing. Terasa janggal. Siapakah aku ini? Allah! Tabahkanlah Ya Allah. Sayangnya aku padanya Ya Allah. Bantulah agar mampu aku terus tabah.

Satu pintaku. Aku hanya ingin melihat mereka bahagia. Bangga akan diriku sebagai anaknya. Andai tidak dapat aku peroleh semangat darinya. Kau tabahilah hatiku. Aku yakin. Aku kuat Ya Allah. Kerna itu Engkau menduga aku. Kerna itu Engkau percayaiku dengan dugaan sebegini.

Barangkali aku hanya perlu terus melangkah dengan sendiri.
Barangkali aku hanya perlu menyendiri.
Mengubat hati.
La Tahzan Duhai Hati Yang Lara.
Allah ada.
Allah ada.