Wednesday, 25 July 2012

Hati seorang Hamba..(sajak buatanku)

Aku..
Mengangkat tangan yg Kau beri untuk berdoa padaMu, dan memohon agar semua dosa-dosa aku Kau hapuskan dari tubuh yang berlumur dosa dan kehinaan, tetapi sempurna kerana Kau ciptakan..

Berkali-kali ucap syukur atas sejadah yang aku bentangkan,
dan air mata yang mengalir menemani malam yang sunyi tanpa suara,
tanpa kata,
hanya aku dan diriMu dalam sujud dan doaku..

Aku hamba yang kerdil yang memohon kekuatan dariMu,
agar aku mampu tuk menempuh dugaan kasih sayangMu yang kau limpahi dengan pengharapan aku akan berjaya melepasinya,
tetapi ternyata aku sering berputus asa..

Kau memberi aku agama yang cukup indah,
dan kau lindungi aku agar tidak sesat dari jalanMu tetapi acapkali aku ingkar dan jauh dari cahaya Mu..

Ya Allah, aku hambaMu yang lemah yang berusaha membaiki kelemahan untuk memperkukuhkan iman dan aku tahu Kau sentiasa berada disampingku memperhatikan ku,membimbingku, memberi petunjuk dan hidayah Mu..

Dengan itu,syukran Ya Allah..
sesungguhnya aku begitu bersyukur ke hadrat Mu, tuhan ku..Alhamdulillah....

فاتين..

Friday, 20 July 2012

Kejayaan Aku & Kawan..

Johan bagi Pertandingan Sayembara Puisi dan Lagu Peringkat Negeri.. ternyata milik kami lagi.. dan tahniah kepada 2 orang sahabat yang menjadi wakil ke Sabah bagi peringkat Kebangsaan kerana telah mendapat tempat ke-3.. alhamdulillah..