Monday, 23 June 2014

"Kau Tak Payah Sambung Belajar!"

"Kau tak payah sambung belajar." Ayat yang dihamburkan oleh seorang ayah yang aku sayangi.

Allah. Bagai satu ayat yang mampu menjatuhkan semangat yang kukuh. Semangat yang tidak mudah dibina. Semangat yang dulunya jatuh. Namun kini ia jatuh kembali. Membuatkan aku longlai. Membuat hati sebak menahan rasa. Membuat air mata yang tiada henti nya.

Puas aku beristighfar namun air mata terus mengalir. Teresak. Sakit dadaku. Sesak nafasku. lemas jiwaku. Sungguh tatkala ini aku hanya berserah kepada Allah. Agar Dia ubatilah hati ini. Agar Dia kuatkanlah semangat ini. Agar Dia tabahkanlah jiwa ini. Tiada yang berada di sampingku tatkala ini melainkan Allah. Tiada. Sukar bagi aku. Orang yang aku sayangi. Orang yang aku ingin bahagiakan berkata sedemikian.

Kadang kala aku terfikir apakah aku ini membebankan. Terasa asing. Terasa janggal. Siapakah aku ini? Allah! Tabahkanlah Ya Allah. Sayangnya aku padanya Ya Allah. Bantulah agar mampu aku terus tabah.

Satu pintaku. Aku hanya ingin melihat mereka bahagia. Bangga akan diriku sebagai anaknya. Andai tidak dapat aku peroleh semangat darinya. Kau tabahilah hatiku. Aku yakin. Aku kuat Ya Allah. Kerna itu Engkau menduga aku. Kerna itu Engkau percayaiku dengan dugaan sebegini.

Barangkali aku hanya perlu terus melangkah dengan sendiri.
Barangkali aku hanya perlu menyendiri.
Mengubat hati.
La Tahzan Duhai Hati Yang Lara.
Allah ada.
Allah ada. 

Monday, 27 January 2014

Kembali KepadaMu.

Berbaring di atas katil. selimut yg menutupi separuh tubuhku. Bibir yang kering. Muka yang pucat. Mata yang basah. Air mata mengalir.  Mulut terkunci tanpa kata. Hanya hati bisa berbicara. 'Allahuakbar' kerinduanku hanya padaMu. Khilaf diri ini. Tidak layak memasuki JannahMu Ya Allah. Seringkali mendustakanMu Ya Allah. Bertaubat namun terus hanyut. Tidak mampu melawan nafsu. Leka dan terus leka.

Sebak terasa. Air mata semakin laju mengalir. Sepertinya tidak mahu berhenti. Kerana hati yang penuh kesal. Segala dosa berulang kembali. Tergambar jelas saat mata terpejam. 'Allahuakhbar!' Semakin kuat aku melaungkan. Engkau Maha Besar Ya Allah. Aku ketahui ia salah, berdosa namun mengapa aku masih melakukannya Ya Allah?! Aku hina. Aku khilaf. Aku ingin terus istiqomah beribadat hanya padaMu Ya Allah! Namun, Ibadah ku tidak sempurna. Kata-kata ku hanya dusta. Usaha ku sementara.

Allah! Ke mana perginya kekuatan ku ini Ya Allah. Aku yg berbaring mulai mengalihkan selimut di tubuh ku. Mengangkat tubuhku. Satu persatu kaki ku melangkah. Menguatkan semangat berdiri dengan tabah. Air mata tetap mengalir. Sakit ku tidak di endahkan. Mencari air. Lalu aku menyapunya di bahagian muka, lengan, umbun rambutku, telinga dan kakiku. Aku menbaca doa selesai wudukku. Lalu aku membentangkan sejadah. Aku kucup pakaian ibadah ku yang harum bersih. Lalu aku menunaikan ibadah.

Selesai aku mengambil Kalam Suci Al-Quran lalu aku membacanya dengan sebak terasa. Rindu. Indah. Tenang. Itu yang aku rasa. Selesai terus aku mengangkat doa. Aku bermohon kepada Allah agar aku akan terus hidup dengan mencintaiNya. Kemudian aku terlena di atas sejadah itu sedari pagi. Setelah itu ada yg mengejutkan ku. Menggerakkan tubuhku namun aku tidak terjaga. Di saat itulah Allah telah mengambilku kembali bertemu denganNya. ALLAHURABBI. :')

#Nukilan Wawa Fauzi