Sunday, 18 November 2012

Sendiri Lagi..

Selagi lagi.. Rasa ini aku pendam sendiri.. Seperti selalu rasanya perit pedih tiada kata yang mampu di ungkap bagi mengambarkannya.. Sekali lagi aku sendiri.. menangis tanpa kata tanpa bicara.. menangis dan terus menangis.. Hanya lagu menjadi iringan dan membuai aku dalam tangisan yang aku sendiri tidak tahu kenapa.. Apa yang aku ingin tangiskan? Bukan ini yang aku pinta.. Namun ketentuanNya yang telah menakdirkan segalanya.. Aku hanya mampu menelan perasaan yang hadir ini dan membuangnya jauh2 kerana aku pasti ia tidak akan terjadi.. Dan aku hanya akan terluka bila saatnya tiba tok aku menerima segalanya.. Mungkin lebih baik aku menolaknya dari mula.. Aku seorang yang tabah.. Ya, aku seorang yang tabah yang tidak akan kalah hanya kerana rasa yang sebegini.. Aku seorang yang tabah walaupun sudah berkali-kali dilukai..Dia hadir dalam hidupku hanyalah tok aku mengenali erti kasih dan sayang.. Dia hadir dalam hidupku untuk aku belajar mengenali hebatnya kaum Adam.. Sementara aku , kaum hawa, aku lebih mengenali diriku sendiri dan lebih mengetahui nipisnya sekeping hati wanita bagai kaca yang mencintai kaum adam sehingga meskipun dengan satu ketukan akan berderai menjadi berkeping-keping.. Betapa indahnya rasa dicintai dan betapa indahnya pabila kita dilukai oleh cinta.. kerana kita dapat memperolehi iktibar yang sungguh bermakna buat mengenali erti cinta dalam kehidupan ..^__^ Alhamdulillah Ya Allah.. Aku bersyukur atas segalanya.. Meskipun air mata ku mengalir namun bibir ku akan tetap mengukirkan senyuman.. =)


No comments:

Post a Comment